Hampir tamat tempoh, Palestin batal perjanjian pertukaran vaksin dengan Israel

Media semalam melaporkan bahawa Israel akan memberikan sekitar satu juta dos vaksin Covid-19 kepada Pihak Berkuasa Palestin sebagai pertukaran berikutan ia menghampiri tarikh tamat tempoh.

Menteri Kesihatan batal perjanjian

Bagaimanapun, memetik laporan Berita Harian berkenaan perkara tersebut menjelaskan bahawa Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah memutuskan untuk membatalkan perjanjian pertukaran yang akan menyaksikan Israel memberi satu juta dos vaksin berikutan ianya menghampiri tarikh luput.

Menurut jurucakap PA iaitu Ibrahim Melhem memaklumkan penghantaran awal sekitar 90,000 dos Pfizer gagal mematuhi spesifikasi terkandung dalam perjanjian sekaligus menyaksikan Perdana Menteri, Mohammad Shtayyeh mengarahkan Menteri Kesihatan membatalkan perjanjian itu.

Untuk rekod, Israel melancarkan kempen vaksinasi secara menyeluruh selepas memperoleh jutaan dos vaksin Pfizer-BioNtech dan lebih 55 peratus penduduk atau kira-kira 5.1 juta orang sudah menerima dua dos vaksin.

Sementara di Palestin pula, lebih 270,000 individu sudah menerima dua dos di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen