"Cuma wap proses bahan mentah..." -Polis panggil individu dakwa kilang arak beroperasi

Polis mengambil maklum akan satu video yang tular di media sosial pada Jumaat yang menyaksikan sebuah kilang arak di Seksyen 15 beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia susulan daripada video tersebut yang menunjukkan asap keluar daripada corong kilang dan sekumpulan pekerja keluar masuk memandu trak pada jam 7.45.

Wap cuma panaskan bahan

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Shah Alam iaitu Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib menjelaskan bahawa hasil pemantauan yang dijalankan pada jam 7.40 malam mendapati memang tiada sebarang operasi pengilangan arak dijalankan pihak tersebut.

Jelasnya, hasil siasatan mendapati asap yang dikeluarkan daripada salah satu cerobong kilang di situ yang tular di Facebook merupakan wap daripada proses memanaskan sejenis bahan mentah yang menyerupai gandum atau ragi (yeast).

"Pasukan kami bertemu dengan pengurus kilang terbabit dan dimaklumkan bahawa asap itu merupakan wap yang keluar hasil daripada proses pemanasan sejenis bahan mentah."

"Bahan itu perlu dipanaskan bagi memastikan ia tidak rosak sepanjang penutupan operasi kilang. Wap atau asap itu dikeluarkan bagi mengelak berlaku letupan."

-Baharudin Mat Taib-

Proses dapat kebenaran MITI

Menurut Baharudin, proses terbabit telah mendapat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri(MITI).

"Ekoran kejadian ini, pihak kami akan memanggil pemilik akaun Facebook terbabit bagi membantu siasatan."

-Baharudin Mat Taib-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen