Akui miliki pengaruh besar, Israel nak jalin hubungan baik dengan tiga negara Islam

Memetik laporan Kosmo, menerusi kenyataan akhbar 'The Jerusalem Post', duta Israel di Singapura menyatakan Israel bersedia menjalin hubungan baik dengan tiga negara Islam di Asia Tenggara.

Tiga negara yang dimaksudkan adalah negara yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam di Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunie yang mana ketiga-tiga ini jugalah yang pernah mengecam serangan 11 hari Israel ke atas Semenanjung Gaza yang mengorbankan lebih 250 warga Palestin.

Anggap kritikan tiga negara tak jujur

Menurut Sagi Karni yang merupakan Duta Israel di Singapura, kritikan daripada pemimpin tiga negara itu adalah 'tidak jujur' dan 'tidak berasaskan keadaan sebenar konflik' yang disifatkan Karni sebagai konfrontasi antara Israel dengan Hamas bukannya Israel terhadap semua warga Palestin.

"Hamas adalah sebuah organisasi anti-Yahudi dan saya tidak tahu berapa ramai individu di media sosial yang benar-benar faham betapa radikal dan fasisnya Hamas."

-Sagi Karni-

Akui miliki pengaruh besar

Jelasnya, satu-satunya cara untuk mempunyai pengaruh besar ke atas apa yang berlaku di Asia Barat adalah dengan mewujudkan hubungan dengan Israel.

"Kami bersedia untuk berbincang dan bertemu. Saya tidak fikir pemimpin negara-negara itu sukar untuk menghubungi kami."

-Sagi Karni-

Untuk makluman, Malaysia, Indonesia dan Brunie menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi campurtangan untuk menghentikan 'serangan tidak berperikemanusiaan ke atas penduduk Palestin.'

Tiga negara itu juga tidak mempunyai apa-apa pertalian rasmi dengan Israel dan berulang kali meminta penjajahan ke atas wilayah Palestin di Tebing Barat oleh Rejim Zionis ditamatkan.

Bagaimanapun, menurut sumber, empat buah negara Arab iaitu Emiriyah Arab Bersatu, Bahrain, Sudan dan Maghribi bersetuju menjalin hubungan diplomatik dengan Israel di bawah perjanjian yang ditaja oleh Amerika Syarikat.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen