"Hati rasa nak gugur..." -Ibu kongsi detik cemas anak tertelan gelang emas

Sering kali kita lihat, para ibu berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan detik cemas apabila anak-anak mengalami kemalangan kecil tidak hanya di rumah pengasuh bahkan ada juga yang terjadi ketika dalam jagaan sendiri seperti tertelan bateri, termakan jarum dan sebagainya.

Jelas sekali itu berbahaya dan bermula dengan kemalangan kecil itulah tanpa sedar boleh membawa kepada kecederaan serius dan mungkin menyebabkan kematian.

Anak tertelan gelang emas

Hal itu, tak kurang juga dengan situasi yang menimpa seorang pengguna Facebook ini apabila dia berdepan dengan detik cemas selepas mengetahui anaknya tertelan gelang tangan emas.

Perkongsian itu telah dikongsikan oleh Amiza Rahmat yang tak dapat menggambarkan rasa cemasnya apabila diberitahu oleh ibunya keadaan anak kecil itu yang menangis  gara-gara insiden tersebut.

Menurut Amiza, meskipun anaknya berjaya memuntahkannya namun masih ada 'charms' pada gelang tangan tersebut yang tersangkut dan tak dapat dikeluarkan membuatkan dia bertambah cemas sekiranya berlaku sebarang perkara tak diingini.

Minta para ibu lebih berhati-hati

Susulan insiden tersebut, dia jadi lebih berjaga-jaga sekaligus meniti pesan kepada para ibu di luar sana agar sentiasa berhati-hati supaya kejadian seperti itu tidak terjadi kepada mereka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen