Konkrit lebuh raya dalam pembinaan runtuh, tiada orang awam terlibat

Oleh: Zuzu Yasmine

Lagi kes kemalangan di tapak pembinaan yang kali ini melibatkan perancah besi di pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam dan mencederakan dua orang pekerja.

Menerusi laporan Berita Harian, kedua-dua mangsa berusia dalam lingkungan 20-an dan 40-an cedera selepas terkena serpihan batu konkrit dan kerangka besi.

Menurut Pemaju DASH, Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Berhad, kemalangan tidak membabitkan orang awam atau pengguna lebuh raya kerana kejadian berlaku dalam kawasan pembinaan bertutup.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata kejadian itu berlaku sekitar pada jam 7.10 malam, sebelum pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 7.13 malam.

"Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum tiba di lokasi jam 7.27 malam.

"Setibanya di lokasi pasukan bomba memberi rawatan awal kepada mangsa dan mereka berada dalam keadaan selamat dan hanya mengalami cedera ringan," katanya.

Katanya, kedua-dua mangsa warga Bangladesh itu sedang bekerja di bawah tapak pembinaan setinggi 12 meter itu.

"Semua mangsa berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh menaiki ambulans," katanya.

Norazam memaklumkan tiada mangsa lain terbabit dalam insiden itu dan operasi tamat pada jam 7.34 malam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen