Tak puas hati lambat tiba padam kebakaran, lelaki bertindak tumbuk anggota bomba dari belakang

Oleh: Zuzu Yasmine

Berang pasukan bomba lambat tiba di tempat kebakaran, seorang lelaki bertindak menumbuk dan memarahi seorang anggota bomba.

Menerusi laporan Astro Awani, anggota bomba tersebut dikatakan mengalami kecederaan selepas ditumbuk dari arah belakang oleh seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Belipat, Jalan Punang di Lawas, Sarawak.

Difahamkan, ketika kejadian anggota tersebut sedang terlibat dalam kerja-kerja pemadaman kebakaran sebuah rumah setingkat.

Sehubungan itu, Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii mengesahkan kejadian tersebut dan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung itu.

Katanya, pasukan Bomba dan Penyelamat Lawas menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 3.18 petang dan tujuh anggota begegas ke tempat kejadian yang hanya enam kilometer dari balai.

Menurut Ling Hii, sebahagian besar rumah yang berstruktur tidak kekal itu sudah musnah dan kerja- kerja 'fire break' kemudian dilakukan selain teknik 'receo' untuk mengelakkan api merebak.

Jelasnya lagi, empat sekeluarga yang menyewa rumah tersebut berjaya selamatkan diri dan punca kejadian serta kerugian masih dalam siasatan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen