Anak usahawan dedah kemesraan ibu sekadar lakonan, dituduh curi RM10 ribu sebelum dipukul

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini tular seorang usahawan kosmetik dan suaminya didakwa atas dakwaan menyebabkan kecederaan anak perempuannya.

Difahamkan, perkara tersebut tercetus selepas anaknya Puteri Ayu dipercayai memuat naik status Whatsapp yang dipercayai berkenaan dengan harta.

Dituduh curi RM10K

Terbaru, menerusi Facebook Live, anak kepada usahawan kosmetik itu berkongsi cerita bahawa sebelum memukul dirinya si ibu pernah membuat laporan polis terhadap dia selepas kehilangan wang tunai berjumlah RM10 ribu.

Walau bagaimanapun, gadis tersebut menafikan tuduhan itu malah menjelaskan bahawa kad bank yang dipinjam daripada bapa tirinya hanya digunakan untuk perniagaan.

Pura-pura mesra di media sosial

Puteri turut mendedahkan bahawa kemesraan yang ditunjukkan di media sosial selama ini hanya sekadar lakonan semata-mata.

Malah Puteri turut mengakui bahawa dia sering rasa terkongkong selain ibunya suka melebihkan orang lain berbanding dirinya.

Bukan mengaibkan ibu

Sehubungan dengan itu, dia turut menegaskan bahawa dia tidak berniat untuk mengaibkan ibunya tetapi sebagai anak dia hanya menginginkan kasih sayang daripada seorang ibu.

Dalam pada itu, dia juga turut berdoa agar pintu hati ibunya dibuka untuk menerima hidayah Allah suatu hari nanti.

Semoga hubungan dua beranak ini akan kembali pulih seperti ibu dan anak yang lain. Selain perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen