Sedih lihat peniaga berdiri dalam hujan, Pak Azad borong & ajak orang ramai bantu beli burger

Oleh: Zuzu Yasmine

Nak seribu daya tak nak seribu dalih, itulah yang dilakukan oleh mereka-mereka yang terjejas pendapatan ketika ini.

Gigih menjual dalam hujan

Seperti video yang dikongsikan oleh pelakon Azad Jasmin apabila merakam seorang peniaga yang berdiri di tepi jalan ketika hujan lebat demi menjual burger yang telah siap di tangannya.

Menerusi video yang dimuat naik itu, dapat dilihat pemuda berkenaan berdiri di lampu isyarat sambil memegang beberapa biji burger ketika hujan lebat.

Harap orang ramai bantu beli

Sehubungan dengan itu, Azad juga berharap orang ramai yang melalui kawasan tersebut dapat membantu peniaga berkenaan kerana dia tidak berputus asa mencari rezeki meskipun dalam keadaan hujan lebat.

Slaute demi cari rezeki

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan kecekalan peniaga tersebut selain turut mendoakan agar pemuda itu dimurahkan rezeki.

Insiatif tersendiri

Difahamkan juga, salah seorang pekerja di bawah jenama itu juga turut menjelaskan bahawa majikannya tidak pernah mengarahkan mereka melakukan perkara itu tetapi insiatif mereka untuk habiskan jualan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen