Lengkap dos vaksin, kerajaan bakal benarkan rentas negeri?

Oleh: Zuzu Yasmine

Satu berita gembira buat rakyat Malaysia apabila pihak kerajaan mengumumkan bahawa ketika ini mereka sedang memperhalusi beberapa kelonggaran buat mereka yang telah melengkapkan dos vaksin Covid-19.

Menerusi laporan Astro Awani, antara perkara yang diperhalusi juga termasuk kelulusan untuk merentas negeri.

Menurut Menteri Penyelarasan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, jawatankuasa kumpulan kerja teknikal yang dianggotai oleh kumpulan pakar akan mengemukakan syor kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), sebelum ia dimuktamadkan.

Syor itu, katanya akan turut meneliti data-data yang diguna pakai negara-negara yang pada ketika ini memberi beberapa kelonggaran kepada rakyat mereka.

"Jawatankuasa yang terdiri daripada pakar-pakar kesihatan dan sains akan memperhalusi kumpulan kerja teknikal sebelum diangkat kepada MKN untuk diumumkan. Ini termasuk kelonggaran untuk rentas negeri," katanya dalam sidang media.

Sehubungan itu, Khairy turut menjelaskan ketika negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Kanada membolot pembelian vaksin COVID-19, prestasi Malaysia bagi peratusan penduduk yang menerima sekurang-kurangnya dos pertama adalah masih kompetitif.

Jelasnya, jika dibandingkan dengan negara-negara jiran besar dan maju seperti Jepun, Malaysia tidak jauh ketinggalan.

"Apabila perbandingan dibuat dengan negara Jepun yang jauh lebih maju. Mereka masih lagi ketinggalan berbanding AS, UK dan Kanada. Kenapa? UK beli vaksin lima kali ganda penduduk mereka, Kanada juga sama.

"Memandangkan syarikat-syarikat pengeluar vaksin adalah daripada UK dan AS, mereka mendapat akses yang mudah. Sekarang barulah mereka menawarkan bantuan melalui sumbangan. Kita akan terima sumbangan dari AS, Jepun dan China dalam masa terdekat," ujarnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen