Duit kahwin & bakal isteri lesap kerana pelaburan tak jadi, pemuda kecewa mula cakap seorang diri

Oleh: Zuzu Yasmine

Gara-gara pilih jalan singkat untuk cepat kaya, seorang lelaki terpaksa menanggung kerugian besar selepas tertipu dengan permainan saham online atau pelaburan kripto.

Lebih malang lagi nasib lelaki ini apabila dia menggunakan wang simpanan pernikahannya malah bakal isterinya turut meninggalkan dirinya selepas perkara itu. Dikatakan juga pernikahan mereka terpaksa dibatalkan.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Indonesia selepas rakannya memuat naik video gelagat lelaki tersebut yang kecewa selepas tertipu dengan perlaburan tersebut.

“Kawan saya baru kehilangan puluhan juta kerana Crypto. Padahal itu wang untuk modal dia berkahwin,” tulis rakan lelaki tersebut.

Disebabkan kejadian tersebut, lelaki berkenaan dikatakan mula bercakap seorang diri di depan cermin selain tidak mahu keluar dari pejabat.

“Sampai kadang bersembang sendiri depan cermin. Diajak makan atau keluar pejabat juga tidak mahu, tetap diam saja di sudut begini,” kongsi rakannya lagi.

Rakaman video tersebut juga memaparkan lelaki berkenaan termenung sendirian di suatu sudut sambil menongkat kepalanya malah dia juga dilihat meniarap di sebalik pintu sebelum menolak dan menarik pintu tersebut.

Diharapkan perkara sebegini menjadi pengajaran buat mereka yang ingin mengambil jalan pintas untuk mendapatkan duit tanpa ilmu yang secukupnya.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen