"Kami mohon maaf, kami bukan superman..." -Anggota bomba ulas isu diserang lepas padam kebakaran

Sejak semalam telah tular satu video yang menyaksikan individu menyerang anggota bomba secara membabi buta sejurusnya api berjaya dipadam sehingga menyebabkan anggota terbabit terjatuh.

 

Individu ditahan reman 4 hari walau anggota tarik laporan

Susulan insiden tersebut, lelaki yang menyerang telah ditahan reman selama empat hari bermula semalam meskipun anggota bomba terbabit telah menarik laporan selepas permohonan maaf dibuat oleh suspek yang menurutnya gagal menahan emosi sekaligus menyesal dengan perilakunya.

Rakan bomba bertugas titip nasihat kepada orang ramai

Bagaimanapun, dalam satu rakaman lain yang dikongsi di Facebook, rakan setugas anggota bomba tersebut tampil memberi pesanan susulan kejadian berkenaan sebagai pesanan dan peringatan untuk semua.

"Apa yang paling penting, simpan nombor balai bomba berdekatan supaya lebih cepat bantuan sampai..."

"Kami bukan superman, kami guna jentera dan tenaga sendiri, kami mohon maaf jika ada buat silap.."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen