Tetap bertugas walau sakit, netizen sebak dengar luahan ringkas 'frontliner'

Susulan pandemik Covid-19 yang belum berakhir, hampir seluruh rakyat berdepan dengan pelbagai cabaran bagi menangani situasi sukar ini dan syabas diucapkan kepada mereka yan masih bersama-sama berjuang di belakang petugas barisan hadapan dalam usaha mengekang penularan tersebut.

Kongsi video rakan bertugas rawat diri sendiri

Seorang pengguna Tiktok yang juga merupakan petugas barisan hadapan di hospital sempat merakam detik rakan setugasnya sedang gigih memeriksa bacaan kesihatannya sendiri ketika bertugas.

Menurut dia yang dikenali sebagai Mimey memaklumkan bahawa kawannya sedang sakit namun masih tetap bertugas kerana tahu tanggungjawab mereka masih belum selesai dalam merawat pesakit.

Ayat 'Who Care?' undang sebak netizen

Walaupun, individu terbabit masih tersenyum tetapi rata-rata netizen akui tersentuh melihat tulisan pada entri tersebut yang menurutnya 'siapa kisah' melihat keadaan petugas walaupun sedang sakit.

'Saya mampu doa dari jauh'

 

'Kami semua peduli'

 

'Moga dipermudahkan urusan'

 

Mungkin kita rasa sukar untuk menempuh kehidupan secara norma baharu, tapi apakan daya ujian ini untuk kita semua dan semoga kita semua kuat mendepani situasi ini sekaligus diharapkan agar petugas barisan hadapan terus kuat dan sabar dalam melaksanakan amanah yang diberi.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen