Lisa Surihani & Yusry pilih nama Yunos Laith buat anak ketiga

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas hampir seminggu melahirkan anak ketiga, pelakon terkenal Datin Lisa Surihani dan suami, Datuk Yusry Abdul Halim mendedahkan nama pilihan untuk bayi lelakinya itu.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram pelakon berkenaan, dia dan suami sepakat memilih nama Yunos Laith Bin Yusry kepada anak ketiga mereka.

Menurut Lisa, nama Yunos Laith  diambil bersempena nama seorang nabi dan Rasul iaitu Yunos A.S. Manakala Laith membawa pengertian keberanian seperti singa.

Lisa turut menyertakan sekali gambar anak ketiganya bersama kakak dan abangnya yang terlihat gembira memangku adik mereka.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada anak pasangan selebriti tersebut yang dilahirkan pada 15 Jun 2021 sama seperti tarikh lahir Yusry Abdul Halim.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen