Tular cetuskan kekecohan di SJR, usahawan 'Wawa' direman dua hari bantu siasatan

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini tular seorang wanita yang dipercayai mengugut anggota polis di sekatan jalan raya (SJR) selepas dikenakan saman bagi kesalahan tamat tepoh cukai jalan dan insuran kenderaan.

Sehubungan dengan itu, wanita berkenaan telah direman pada 17 Jun lalu selama dua hari bagi membantu siasatan lanjut.

Menerusi laporan Harian Metro, wanita berusia 34 tahun itu telah ditahan di rumahnya di sebuah kondominium pada jam 11.20 pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, ketika ditahan, polis merampas pakaian yang dipakai wanita itu dalam kejadian berkenaan bersama telefon bimbit, kad pendaftaran kereta dan kunci kenderaan.

Katanya, polis turut mengambil tiga telefon pintar milik anggota polis yang bertugas bagi membantu siasatan lanjut.

"Pakaian yang dirampas itu bagi mengenal pasti ia adalah pakaian yang dipakai oleh wanita itu dalam kejadian yang dirakam dalam video.

"Ketika insiden itu, polis mengeluarkan saman terhadap wanita terbabit atas kesalahan tamat tempoh cukai jalan dan insurans kenderaan.

"Bagaimanapun berlaku kekecohan sehingga wanita terbabit mengeluarkan kenyataan ugutan," katanya pada sidang media di pejabatnya.

Beliau turut berkata bahawa pihaknya akan mengambil keterangan daripada seorang pegawai dan tujuh anggota serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) untuk membantu siasatan lanjut.

Jelasnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan hasil siasatan lengkap akan diserahkan ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

"Siasatan sudah meliputi 80 peratus dan wanita itu juga memberikan kerjasama yang amat baik sejak ditahan," ujarnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen