"Tidak melebihi 5 ekor sehari dengan SOP ketat..." - Wilayah Persekutuan benar ibadah korban dilakukan

Selepas hari raya Aidilfitri, umat Islam bakal menyambut hari raya Aidiladha pula tidak lama lagi namun, pastinya menjadi tanda tanya dalam kalangan orang ramai sama ada aktiviti penyembelihan masih benar dilakukan atau tidak tambahan pula di musim pandemik ini.

Agong perkenan ibadah korban dilakukan

Memetik laporan dari akhbar Kosmo, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memutuskan ibadah korban bagi musim 1440H/2021M tahun ini dibenarkan namun dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menurut pengarahnya iaitu Datuk Mohd Ajib Ismail, ketetapan berhubung pelaksanaan ibadah korban itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al  Mustafa Billah Shah.

Proses hanya dilakukan di rumah sembelihan

Bagaimanapun bagi pelaksanaan ibadah korban oleh masjid dan surau, pihaknya menetapkan proses penyembelihan binatang korban, lapah, potong dan pembungkusan daging korban hanya dilaksanakan di rumah sembelihan.

"Proses penyembelihan binatan korban hanya dilakukan di Rumah Sembelihan Jabatan Perkhidmatan Vaterinar dan Rumah Penyembelihan Ruminan Swasta yang dilesenkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengikut penyelarasana Jawi melalui Pejabat-Pejabat Pentadbiran Zon.

"Manakala pengagihan dibuat secara terus kepada peserta, fakir miskin berdasarkan senarai nama yang ditetapkan, petugas barisan hadapan dan golongan sasaran."

-Pengarah Jawi-

Sementara itu, had kapasiti sembelihan korban tidak melebihi lima ekor sehari dan bilangan kehadiran termasuk petugas tidak melebihi 12 orang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen