Baru-baru ini tular satu video di laman Twitter yang memaparkan seorang lelaki mengedar sebuah 'bungkusan' dipercayai mengandungi pamplet berserta sebuah produk.
Usahawan bagi produk di SJR?
Menerusi pengguna laman Twitter dikenali sebagai Isskandar Ariffin, lelaki berkenaan dikatakan berada di sekatan jalan raya (SJR) di suatu kawasan bagi memberi 'bungkusan' tersebut.
Berdasarkan rakaman video tersebut, dapat dilihat lelaki tersebut bersama beberapa anggota polis berada di bawah khemah tersebut.
Difahamkan, lelaki tersebut merupakan usahawan kosmetik yang bertindak mengedarkan produk miliknya sendiri.
Buat marketing ke?
Menurut pengguna laman Twitter tersebut, usahawan berkenaan pernah tular sebelum ini kerana membeli semua juadah berbuka puasa di bazar ramadhan pada suatu ketika dulu.
Dia juga turut mempersoalkan adakah ini tindakan usahawan tersebut untuk membuat ‘marketing’ berkenaan produknya.
Tak ganggu kerja polis ke?
Bagaimanapun, niat baik lelaki berkenaan telah menjadi perhatian warganet yang mempersoalkan adakah tindakannya itu tidak mengganggu tugas anggota polis berkenaan dalam memeriksa kenderaan.
Malah ada juga yang mempersoalkan bahawa tindakan usahawan tersebut akan membuat SJR bertambah sesak.
Masih belum ada respon
Walau bagaimanapun, pengasas produk kecantikan itu masih belum mengeluarkan sebarang respon mengenai keberadaannya di SJR sewaktu musim PKP ini.
Tinggalkan Komen