Sebuah program masakan Indonesia kini sedang menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen sejak semalam apabila salah seorang juri tetap rancangan tersebut bertindak melempar pinggan seorang peserta program itu.
Kecewa persembahan masakan peserta
Program yang menampilkan 3 orang juri tetap hebat nyata tidak dapat menahan rasa kecewanya apabila peserta bernama Seto menghidangkan makanan yang kurang memuaskan hati mereka dan apa yang lebih parah lagi peserta tersebut dikatakan tidak mengelap pinggan sebelum makanan tersebut dihidangkan.
Nampak tenang di kaca televisyen, Seto dengan wajah yang bersahaja akui bahawa tidak sempat untuk mengelap pinggan tersebut.
"Maaf saya tak sempat lap pinggan"
-Seto-
Juri lempar pinggan
Bagaimanapun, situasi bertambah tegang selepas salah seorang chef yang amat dikenali dengan sikap tegasnya iaitu Chef Juna bertindak melempar pinggan Seto dengan disaksikan peserta lain.
"8 musim saya di sini, ini kali pertama saya lempar piring."
-Chef Juna-
"Dari pinggan macam tu, kita boleh tengok cara kerja awak."
-Chef Arnold-
Peserta kutip serpihan kaca
Dalam pada itu, sungguh meruntun hati melihat tindakan Seto yang sanggup mengutip serpihan kaca itu selepas makanannya selesai dikomen oleh juri dengan alasan agar boleh menjadi ingatan agar sering lap pinggan sebelum digunakan.
Tinggalkan Komen