Tak makan sejak pagi, suami tertekan tiada kerja kurung anak & isteri dalam rumah

Oleh: Zuzu Yasmine

Gara-gara mengalami tekanan perasaan akibat tidak bekerja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang lelaki bertindak mengurung seorang wanita dan juga dua orang anak dalam sebuah rumah di Seremban.

Menerusi laporan Utusan Online, sepasukan anggota bomba terpaksa bertindak memotong kunci mangga dan mengumpil pintu rumah tersebut bagi menyelamatkan seorang wanita dan juga dua anaknya.

Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba Senawang, Zainurin Sarip, pihaknya menerima panggilan aduan pada pukul 8.51 malam semalam dan tiba di lokasi kejadian iaitu di Taman Nusa Intan dekat sini, sembilan minit kemudian.

“Kami mendapat laporan seorang lelaki bertindak mengunci pagar, grill dan pintu belakang rumahnya dari dalam kerana tertekan  tidak mempunyai pekerjaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami pada mulanya cuba memujuk lelaki itu tetapi selepas lebih kurang 15 minit dan melihat dia tidak mahu beralah, kami mula mengumpil pintu pagar dan grill rumah berkenaan.


“Kami terpaksa memotong kunci mangga pintu rumah berkenaan disebabkan lelaki itu mendakwa tidak tahu di mana dia meletakkan kunci tersebut,” katanya hari ini.

Beliau berkata, anggotanya juga dimaklumkan, wanita itu ada mengadu kepada jirannya tentang kejadian tersebut sebelum suaminya itu mengalami tekanan lebih teruk dan abang kandungnya terpaksa datang dari Mambau, dekat sini untuk memujuk.

“Kami menyelamatkan wanita itu dan anak-anaknya yang berusia empat bulan dan lebih setahun. Mereka dihantar ke rumah jiran terdekat. Kami dimaklumkan kesemuanya tidak makan sejak pagi.

“Tiada sebarang kecederaan yang berlaku ketika kejadian dan lelaki itu diserahkan kepada  polis,” jelasnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen