Serang pemandu lori lepas kemalangan , polis kini giat buru 'rider' cetus kekecohan

Memetik akhbar Harian Metro, polis kini sedang giat memburu beberapa orang penghantar makanan susulan insiden pergaduhan dan memukul seorang lelaki selepas berlaku kemalangan di Jalan Setia Perdana, Setia Alam, semalam.

Mangsa kini sedang dirawat di hospital

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam iaitu Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, kemlangan pada jam 5.30 petang itu membabitkan penunggang motosikal yang juga penghantar makanan dengan sebuah lori.

Susulan kejadian, penunggang itu mengalami patah tangan dan dirawat  di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

"Siasatan mendapati pergaduhan terjadi antara sekumpulan lelaki yang juga penghantar makanan dengan pemandu lori terbabit.

"Kecederaan dialami pemandu itu belum dipastikan dan kita dimaklumkan dia akan hadir pada tengahari ini untuk buat laporan."

-Baharudin Mat Taib-

Video rakaman ketika kejadian

Dalam pada itu, beliau turut menasihati masyarakat supaya tidak mengambil tindakan melulu dalam apa jua situasi yang boleh menyebabkan berlaku pelanggaran undang-undang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen