Langgar SOP di majlis buka puasa, tujuh selebriti dikompaun berjumlah RM19,000

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan tujuh selebriti didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada majlis di sebauh hotel pada 29 April lalu telah dikenakan kompaun berjumlah RM19,000.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, tindakan kompaun itu diputuskan Pejabat Peguam Negara yang mengembalikan kertas siasatan kepada pihaknya, semalam.

"Pejabat Peguam Negara memutuskan enam individu terbabit masing-masing dikenakan kompaun RM1,500.

"Mereka ialah Nurin Afiqah Zulkifli, Nur Heliza Helmi, Nur Hazwani Helmi, Ahmad Faizal Yaakob, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid dan Nur Iman Alysaa Sahabuddin.

"Kesemua mereka gagal memakai pelitup muka ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 di sebuah hotel di ibu negara," katanya.

Beliau turut berkata bahawa kompaun RM10,000 pula dikeluarkan ke atas penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli daripada syarikat penganjur majlis, kerana gagal memastikan tetamu memakai pelitup muka sepanjang tempoh majlis itu berlangsung.

Katanya lagi, kesemua individu terbabit dikompaun, kelmarin, kerana gagal mematuhi SOP PKPB yang ditetapkan ketika menghadiri majlis berkenaan.

Sebelum ini telah tular gambar memaparkan beberapa selebriti tidak memakai pelitup muka pada majlis itu.

Sehubungan itu, polis telah menjalankan siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) 2021.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen