Tular isu peniaga terbalikkan meja, akak keropok lekor mohon maaf

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan tular sebuah video yang memaparkan seorang peniaga melempar barang dagangan peniaga lain dikatakan telah pun bertemu titik pendamaian.

Dah berdamai

Menerusi satu posting oleh seorang pengguna laman Facebook mengatakan bahawa kedua-dua peniaga tersebut telah pun bermaaf-maafan sesama mereka.

Walau bagaimanapun, peniaga yang merupakan mangsa diterbalikkan barang jualannya telah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan meskipun ‘jirannya’ itu telah membuat permohonan maaf kepadanya.

Sehubungan dengan itu, pengguna laman Facebook dikenali sebagai Kaseh Meow Elena ini juga turut berharap agar kedua-duanya dapat berniaga secara baik tanpa sebarang salah faham lagi.

Kronologi sebenar

Dalam pada itu juga, pengguna laman Facebook berkenaan turut berkongsi kronologi yang sebenar berhubung kejadian tersebut.

Sebelum ini tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita mengutip barang jualan yang dipercayai dilemparkan oleh peniaga lain yang turut berniaga di kawasan tersebut.

Difahamkan perkara tersebut tercetus disebabkan rasa tidak puas hati apabila terdapat perniaga lain di lokasi tersebut.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen