Murung selepas perniagaan gagal, lelaki bertindak terjun dari tingkat 10

Oleh: Zuzu Yasmine

Gara-gara perniagaan yang diusahakan gagal, seorang lelaki mengalami masalah kemurungan bertindak terjun dari tingkat 10 pangsapuri di Jalan Bagan Ajam, petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, polis menerima panggilan daripada seorang lelaki berusia 52 tahun yang juga pengerusi pangsapuri pada jam 6.45 petang berhubung insiden itu.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati mangsa berusia 26 tahun memasuki kawasan pangsapuri dengan menaiki motosikal melalui laluan utama.

"Mangsa terus menaiki lif ke tingkat 10 sebelum duduk melunjur kaki keluar di balkoni kaki lima dan secara tiba-tiba terjun ke bawah.

"Mangsa maut ekoran kecederaan parah dialaminya," katanya.

Sehubungan itu, hasil soal siasat ke atas isteri mangsa yang juga berusia 26 tahun menyatakan bahawa suaminya mengalami tekanan perasaan sejak beberapa hari lalu.

Malah mangsa juga pernah menerima rawatan di sebuah klinik swasta empat hari yang lalu.

"Mangsa mulai alami kemurungan selepas perniagaan yang diceburi gagal dan mengalami kerugian.

"Siasatan ke atas mayat mangsa tidak menemui sebarang elemen jenayah," ujarnya.

Mayat dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen