Kerana tekanan hidup, pemuda rela naik bas untuk pecah mesin ATM

Oleh: Zuzu Yasmine

Rela menempuh perjalanan sejauh 22 kilometer (km) dengan menaiki bas, seorang lelaki bertindak memecahkan mesin deposit tunai dan pengeluran wang (CDM) di sebuah bank di Lintang Bukit Penara, Balik Pulau, malam tadi.

Menerusi laporan Harian Metro, tindakan suspek berusia 39 tahun itu sia-sia selepas dirinya diberkas di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal, pihaknya menerima panggilan daripada penolong pengurus bank selepas sistem penggera keselamatan berbunyi, jam 9.40 malam.

"Anggota polis yang bergegas ke lokasi kemudian berjaya menahan suspek," katanya.

Berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati "Anggota polis yang bergegas ke lokasi kemudian berjaya menahan suspek," katanya.

"Suspek menggunakan penyerap kejutan (absober) kereta bagi memecahkan mesin berkenaan namun tidak berjaya.

"Wang tidak berjaya dilarikan, hanya bahagian luar mesin itu mengalami kerosakan," ujarnya.

Sehubungan itu, pihaknya juga memaklumkan bahawa suspek masih bujang didapati mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah.

"Suspek juga berada di bawah pengaruh dadah dan dipercayai melakukan kegiatan itu akibat tekanan hidup.

"Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan mengikut Seksyen 380 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen