"Tak sesuai dengan situasi..." -Kerajaan diminta kaji semula notis henti operasi premis alat tulis

Baru-baru ini telah tular di media sosial beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh orang ramai yang memaparkan keadaan sebahagian pasaraya yang menutup bahagian alat tulis dan turut disertakan notis bahawa penutupan tersebut akan berlanjutan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Tak sesuai dengan situasi semasa

Memetik akhbar Harian Metro, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) iaitu Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, operasi kedai sedemikian perlu dibenarkan kerana keperluan dan sesuai dengan situasi semasa.

Hal ini dilihat susulan kebanyakan pekerja bahkan pelajar juga sedang menjalani sesi pembelajaran atas talian hanya di rumah yang memerlukan mereka terus menggunakan peralatan komputer dan alat tulis.

"Keadaan ini ternyata tidak sesuai dan akan menyebabkan proses PdPR terganggu.

"Malah PdPR juga menggunakan sepenuhnya telefon bimbit serta komputer dan jika peranti rosak sudah pasti sukar untuk dibaiki kerana penutupan kedai telefon bimbit dan komputer."

-Mohd Yusof-

 

Minta kerajaan nilai semula 

Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa kerajaan perlu menilai semula kebenaran beroperasi mengikut situasi dan keperluan semasa di samping merasakan bahawa pengguna terutamanya ibu bapa pasti kecewa kerana sukar mendapatkan peralatan pembelajaran anak disebabkan kedai alat tulis ditutup sehingga kini.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen