Bukan sebab jenayah, penganggur ditemui maut dalam keadaan tergantung di rumah

Jika dapat kita lihat, kes bunuh diri kini semakin kerap berlaku dalam kalangan rakyat sehingga ia terus menjadi topik utama di dada akhbar dan secara tak langsung ia jelas sekali membimbangkan.

Lelaki berusia 43 tahun bunuh diri

Memetik akhbar Kosmo, satu lagi kes bunuh diri telah berlaku di Bukit Mertajam melibatkan seorang penganggur apabila dia ditemui maut dalam keadaan tergantung di sebuah rumah di Taman Sri Rambai.

Mangsa yang berusia 43 tahun dan masih bujang itu telah ditemui rakan serumahnya kira-kira pada jam 6.40 petang dalam keadaan tak sedarkan diri.

Tiada sebarang perlakuan jenayah

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah iaitu Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, mangsa yang tidak berbaju dan hanya berseluar pendek itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tiada kesan kecederaan yang boleh dikaitkan dengan sebarang perlakuan jenayah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen