"Hanya yang dapat janji temu..." -JAIS benar majlis akad nikah mulai 1 Julai

Memetik akhbar Sinar Harian, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan akad nikah dilaksanakan di negeri itu mulai 1 Julai depan.

'Kehadiran dihadkan termasuk tak membenarkan jurugambar'

Bagaimanapun, JAIS dalam kenyataanya di laman rasmi Facebook memaklumkan bahawa majlis tersebut hanya dibenarkan dilaksanakan di pejabat JAIS dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) sahaja.

Tambahnya lagi, hanya bakal pengantin yang telah mendapat tarikh temu janji dibenarkan melangsungkan pernikahan pada hari ditetapkan.

"Kehadiran dihadkan kepada pengantin lelaki, wanita dan wali. Individu lain tidak dibenarkan hadir termasuk jurugambar."

-JAIS-

 

Perlu kemukakan keputusan saringan Covid-19

Susulan itu, bakal pengantin diminta untuk menjalani ujian saringan Covid-19 dalam tempoh 72 jam atau tiga hari sebelum majlis dan diserahkan kepada pendaftar sebelum majlis dilaksanakan.

"Pihak terlibat juga wajib mematuhi ketetapan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan Selangor berkaitan langkah-langkah keselamatan. Tindakan tegas boleh diambil jika mereka gagal mematuhi peraturan tersebut."

-JAIS-

Dalam pada itu, kenyataan itu menegaskan bahawa Ketua Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk atau Pegawai Tadbir Agama boleh membatalkan atau menangguhkan majlis perkahwinan jika terdapat pelanggaran peraturan itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen