Usaha selamatkan kanak-kanak jatuh longkang gagal, lelaki ditemui lemas dibawa arus

Usaha murni seorang lelaki untuk menyelamatkan dua kanak-kanak terjatuh dalam longkang berakhir dengan tragedi apabila dia ditemui maut akibat lemas selepas hanyut dibawa arus

Dalam pada itu, sumber juga memaklumkan selain mangsa berusia 32 tahun, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun turut maut dalam tragedi tersebut.

Kali terakhir bertemu ketika sertai taklimat

Menurut abang mangsa yang dikenali sebagai Mohd Izhar dan juga merupakan seorang penghantar barang berkata, kali terakhir dia bertemu dengan adiknya (mangsa), Mohd Asraf ketika sesi taklimat berkaitan penghantaran barang.

Ujarnya, kejadian dipercayai berlaku ketika arwah selesai melakukan penghantaran barang di pusat bandar raya.

"Kami kerja bersama dan arwah juga baru saja berpindah dari Taman Cendana ke Cahaya Masai."

"Ketika dia pulang dia terlihat kejadian itu lalu cuba membantu menyelamatkan mangsa dengan terjun ke dalam longkang malangnya dia hanyut sekali."

-Mohd Izhar-

Arwah suka bantu orang

Selain itu, arwah juga dikatakan seorang yang gemar membantu individu yang dalam kesusahan, namun sungguh tidak menyangka dia juga pergi dalam keadaan membantu orang.

"Adik saya gemar membantu orang lain tetapi hari ini dia kembali kepada Penciptanya ketika cuba membantu mangsa dihanyut arus deras."

-Mohd Izhar-

Menurut Izhar, adiknya sudah berumah tangga dan memiliki empat cahaya mata berusia antara enam hingga lima bulan manakala isterinya pula tidak bekerja.

#

Difahamkan, sebelum kejadian terdapat dua orang kanak-kanak bermain di sekitar longkang dan terjatuh lalu cuba diselamatkan oleh seorang lelaki dengan mengambil keputusan untuk ikut terjun masuk ke dalam longkang di kedalaman 2 meter itu sebelum dia juga ditemui lemas dibawa arus.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen