Terlibat kes rompak syarikat kurier, tiga anggota polis antara ditahan

Memetik akhbar Harian Metro, satu kejadian rompakan telah berlaku di sebuah pejabat syarikat kurier di Alor Setar membabitkan individu berusia 21 hingga 50 tahun pada Rabu lalu.

Susulan insiden, polis kini menahan enam individu termasuk tiga anggota polis selepas disyaki melarikan peti besi yang mengandungi wang tunai bernilai hampir setengah juta ringgit.

Sempat tutup CCTV sebelum mula 'kerja'

Menurut Ketua Polis Kedah iaitu Datuk Kamarul Zaman Mamat, siasatan mendapati kumpulan penjenayah terbabit bertindak mencabut fius utama bekalan elektrik di luar pemis menyebabkan kamera rakaman litar tertutup (CCTV) tidak berfungsi sebelum mengumpil pintu utama.

"Berdasarkan maklumat, polis berjaya menahan salah seorang suspek iaitu orang awam tidak jauh dari lokasi kejadian pada 4 pagi dan hari yang sama."

"Susulan itu, kita menahan lima lagi suspek iaitu dua daripadanya adalah orang awam pada Khamis lalu, sebelum tiga anggota polis terbabit ditahan semalam."

-Kamarul Zaman-

Polis giat buru 2 suspek larikan diri

Bagaimanapun, kesemua mereka ditahan secara berperingkat dan ada yang ditahan di rumah serta pejabat.

"Polis menemui semula wang tunai berjumlah RM263,295 dan kita masih mengesan dua lagi suspek yang dipercayai masih berada di daerah ini selain wang tunai RM130,000 yang masih hilang."

-Kamarul Zaman-

Tiga daripada suspek positif dadah

Dalam pada itu, telefon bimbit dan kad sim antara yang dirampas oleh pihak polis sementara kesemua suspek direman bermula sehingga 1 Julai ini bagi membantu siasatan.

"Turut dirampas tujuh telefon bimbit, dua kad sim, kad memori, alat pemotong besi, beg tangan, baju lengan pendek dan seluar panjang."

"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati tiga suspek iaitu orang awam positif dadah jenis methapetamin, manakal tiga anggota polis itu pula negatif dadah."

-Kamarul Zaman-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen