PKP 3.0 sambung atau tidak bakal diketahui hari ini?

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjadi teka teki buat semua rakyat Malaysia sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang tamat 28 Jun ini bakal dilanjutkan ataupun tidak.

Difahamkan, perkara tersebut akan diketahui melalui pengumuman oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Yaakob.

PKP 3.0 bakal bersambung

Menerusi laporan Astro Awani, situasi dan keadaan semasa COVID-19 berdasarkan nilai ambang Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilihat tidak memungkinkan negara beralih ke fasa dua meskipun terdapat berita palsu yang tular berkaitan lanjutan PKP 3.0.

Perkara tersebut dapat dijangka selepas jumlah positif COVID-19 melebihi 5,000 kes tiga hari berturut-turut seakan memberi bayangan.

Malah, pernilaian juga berdasarkan kapasiti katil di unit rawatan rapi (ICU) perlu mencapai paras 75 peratus ke bawah di samping 10 peratus populasi telah divaksin.

Bimbang tercetus kluster hari raya haji

Sehubungan itu, jika PKP 3.0 disambung  14 hari lagi bermakna tempoh itu akan berakhir pada 12 Julai namun perlu diingatkan seminggu seterusnya umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidiladha.

Ini membuatkan kerajaan berkemungkinan besar akan memanjangkan tempoh PKP sehingga sambutan perayaan itu bagi mengelakkan masyarakat melakukan aktiviti ziarah-menziarahi sekaligus mencetus kluster baharu seperti mana Hari Raya Aildilfitri.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini mengesahkan terdapat sebanyak 60 kluster perayaan yang berpunca daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri (58 kluster) dan Hari Gawai (dua kluster).

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen