"Saya tak pernah jumpa dan mendapat kebahagian daripada ibu kandung sendiri...." - Adryana Iwani

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam berita akan pasangan kembar yang tertukar sejak 20 tahun lalu menjadi perhatian, di mana kisah tiga gadis itu bagaikan dalam sinetron Indonesia yang terkenal tetapi terjadi di dunia realiti.

Meskipun kisah tersebut berjaya menyatuhkan kembali pasangan kembar, namun ada juga kesedihan tidak terduga dari tiga gadis tersebut.

Disebabkan kecuaian yang belaku, siapa sangka rupanya ada antara mereka tidak dapat melihat lagi orang yang membesarkan mereka.

‘Bapa’ meninggal selepas tahu

Difahamkan, ‘bapa’ Noratirah Husin iaitu Husin Omar meninggal dunia pada usia 64 tahun akibat sakit jantung pada November tahun lalu, selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diketahui pada September 2019 yang mengesahkan dia bukan anak kandung lelaki itu.

Hal ini diceritakan sendiri Noratirah menerusi Bernama apabila bapa mengalami serangan jantung dan kondisi kesihatannya mulai merosot sebelum meninggal dunia.

“Saya sudah boleh menduga keputusan DNA itu kerana Adryani Iwani mempunyai banyak persamaan dengan saya. Sebaik ayah mengetahui tentang perkara itu, arwah mula berubah dan lebih banyak berdiam diri serta sering termenung.”

“Pada sekitar September tahun lepas ketika di rumah, saya menerima panggilan telefon daripada mama (ibu kandung Siti Aminah Ismail) yang memaklumkan hal keputusan ini (DNA), jadi saya buka pembesar suara supaya adik-beradik dan arwah bapa (Husin) pun dapat mendengar apa yang mama ingin sampaikan,” katanya.

Arwah terkilan & bimbang

Menurut Noratirah, bapanya menangis apabila mengetahui keputusan tersebut dan secara tiba-tiba memaklumkan sakit dada. Hal ini kerana begitu bimbang untuk melepaskan anak bongsu daripada 12 beradik itu kerana tidak pernah berpisah dengan keluarga.

Dia yang kini telah tinggal bersama ibu kandungnya juga memaklumkan yang arwah ‘bapa’ pernah menzahirkan rasa terkilan tidak dapat bertemu dengan bapa kandungnya Ibeni Yanin Mohd Salleh kerana telah meninggal dunia pada 2009.

Tak dapat jumpa ibu kandung

Sama juga yang dilalui oleh Adryana Iwani apabila turut tidak dapat melihat ibu kandungnya Rahmah Isa kerana sudah meninggal dunia pada 2018, malah dia juga hanya sempat mengenali ayah kandungnya (Husin) itu kira-kira dua bulan sebelum meninggal dunia.

Kali pertama bertemu dengan bapa kandung, Adryana Iwani mengakui dia sendiri dapat merasai ‘aura’ bapa kandung selepas kali pertama berjuma. Bapanya turut memberikan sebentuk cincin dan terus berpesan supaya menghormati keluarga ‘ibunya.’

“Kali pertama berjumpa, perasaan saya bercampur baur, seronok pun ada  dapat jumpa ayah kandung, tapi sedih pun ada sebab takut dia tak dpat terima baik buruk saya kerana selama ini Noratirah anak kesayangannya.”

“Namun saya bersyukur kerana adik-beradik lain layan saya macam adik beradik sendiri dan keluarga pun semakin bertambah,” ujarnya.

Salah orang lain mereka tanggung derita

Berkongsi pula keadaan ‘ibunya’ pula, dia akui situasi tersebut sangat getir buatnya, namun tidak mahu terbawa dengan perasaan kerana enggan melihat wanita itu susah hati melihat dia dalam keadaan sedih.

“Sudah pasti saya sedih, tahu-tahu kita ada keluarga lain selepas 19 tahun terpisah, lagi sedih saya tak pernah jumpa dan mendapat kebahagian daripada ibu kandung sendiri. Disebabkan salah orang lain, kami yang menanggung derita,” luahnya.

Ibu minta rahsiakan

Dalam pada itu, Adryani Iwani mengakui ibunya Siti Aminah terduduk menangis apabila mengetahui Adryana Iwani tertukar dan bukan anak kandungnya.

Katanya, ibunya menerima keputusan DNA berhubung kedudukan ‘kembarnya’ itu pada September, perasaan ibunya tidak tenteram kerana bimbang perkara itu akan menganggu psikologi ‘anaknya’ itu.

“Selepas terima keputusan, mama terkejut dan panggil saya berjumpa di bilik untuk mengelakkan Adryana Iwani tahu. Mama bagi tahu, betullah Ana bukan anak mama dalam keadaan menangis. Beliau enggan percaya dengan perkara itu kerana terlalu menyayanginya.”

“Ketia itu, saya hanya mampu memujuk mama kerana risau Ana mendengarnya dan mama meminta saya supaya merahsiakan perkara itu daripadanya kerana tidak mahu dia berkecil hati,” ujarnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen