Tiada pendapatan tanggung keluarga, pemuda syukur terima bantuan lepas kibar bendera putih

Memetik akhbar Berita Harian, seorang lelaki dan juga merupakan suami yang menetap di Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai nekad mengibarkan bendera putih di luar rumah bagi mendapatkan bantuan seperti yang diwar-warkan di media sosial sebelum ini selepas terputus bekalan makanan.

Ikhtiar kibar bendera putih dapatkan bantuan

Menurut individu terbabit, Zulkiflie Samsudin yang bekerja sebagai jurukimpal perlu menanggung dua orang anak serta isterinya yang kini sedang hamil enam bulan.

"Saya tidak tahu sama ada tindakan kibar bendera putih ini betul atau tidak... saya hanya lakukannya demi anak dan isteri yang hamil enam bulan kerana terputus bekalan makanan."

-Zulkiflie-

Luah kesal tak mampu jadi ketua keluarga sebaik mungkin

Selain itu, dia juga tidak mampu menagnggung kos pembelian susu dan lampin pakai buang anak bongsu selain tidak mampu melangsaikan sewa rumah mahupun membayar ansuran kereta.

"Saya sedih kerana tak mampu menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan sebaik mungkin kerana masalah kewangan dan keadaan saya bertambah buruk sejak awal tahun."

"Saya kibarkan bendera petang semalam dan Alhamdulillah bantuan dan sumbangan diterima mencurah-curah hingga dijangka mampu menampung bekalan dapur keluarga selama beberapa bulan."

-Zulkiflie-

Syukur ramai hulur bantuan

Dalam pada itu, turut dimaklumkan bahawa ada netizen yang sanggup melangsaikan sewa rumah tertunggak selain bayaran ansuran kereta selama tiga bulan.

"Ada juga netizen yang sanggup melangsaikan sewa rumah yang tertunggak selama sebulan sebanyak RM800 selain bayaran ansuran kereta selama tiga bulan bernilai keseluruhan RM1,200."

"Buat masa ini, barangan keperluan kami sudah mencukupi dan begitu juga dengan sumber kewangan."

"Saya amat bersyukur atas bantuan diterima dan hanya Allah mampu membalas jasa baik semua penderma."

-Zulkiflie-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen