"Malam tu saya mimpi kakak..." -Adik tak sangka kelakukan pelik kakak rupanya tanda dia 'pergi'

Media sebelum ini melaporkan, satu kemalangan ngeri telah berlaku di Kilometer 25, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah apabila kenderaan utiliti SUV bertembung dengan sebuah bas pada Selasa lalu.

Dalam kejadian tersebut, tiga beranak ditemui meninggal dunia sementara seorang lagi anak pasangan berusia 13 tahun berada dalam keadaan parah dan telah menerima rawatan di Hospital Dungun.

Mimpi arwah kakak sebelum terlibat kemalangan

Memetik akhbar Harian Metro, adik arwah mangsa kemalangan tersebut iaitu Nuraishah Ali Khan telah bermimpi bertemu kakaknya dan meminta untuk menjaga anak-anaknya.

Dia yang terjaga selepas mendapat mimpi itu berhasrat untuk memberitahu kakak memandangkan kakaknya akan datang ke rumah pada setiap petang.

Bagaimanapun, dia amat terkilan kerana tidak sempat ceritakan mimpi itu selepas menerima khabar duka yang menimpa kakak sekeluarga

"Malam itu saya mimpi kakak datang dan minta saya jaga anak-anaknya..."

"Setiap petang kakak sekeluarga akan datang ke rumah namun pada hari itu saya tidak sempat ceritakan mimpi itu sebelum dimaklumkan mereka sekeluarga terbabit dalam kemalangan."

-Nuraishah-

Sedia jaga anak-anak arwah

Walaupun masih terkesan dengan dengan insiden tersebut, dia perlu reda dan bersedia untuk menggalas tanggungjawab arwah yang meminta untuk menjaga anak-anaknya iaitu Aqeel Zayyan berusia 2 tahun dan Damia Irdina berusia 13 tahun.

Menurut Aishah, ketika kejadian kakak tidak membawa anak bongsunya kerana pada ketika itu dia berada di rumah pengasuh.

"Saya sangat sedih dengan tragedi yang menimpa kakak sekeluarga dan apa yang berlaku. Dua anak arwah akan dijaga kedua ibu bapa saya dan kami sebagai ibu saudara sudah sepakat untuk turut menjaga seperti anak kami sendiri."

-Nuraishah-

Berkelakuan pelik 

Selain itu, Aishah turut memaklumkan bahawa arwah kakaknya sempat membuat tempahan kek untuk hari jadi anak bongsunya pada Julai ini.

Dia yang cukup kenal dengan perangai kakaknya akui pelik dengan tindakan tersebut kerana arwah kebiasaannya akan buat tempahan pada saat akhir.

"Arwah kakak sudah tempah kek untuk sambutan hari lahir Aqeel pada Julai nanti dan saya tak sangka itu adalah hadiah terakhir arwah untuk anak bongsunya."

"Biasanya arwah akan tempah kek pada saat akhir hari jadi anak-anaknya namun, saya pelik kali ini dia buat tempahan lebih awal sejak tiga minggu lalu."

-Nuraishah-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen