Ambil maklum kes gambar selebriti tular di balai polis, IPD Nilai buka kertas siasatan

Memetik akhbar Harian Metro, Polis Diraja Malaysia telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan seorang selebriti yang dikatakan berada dalam bilik Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai seperti yang tular baru-baru ini.

Polis buka kertas siasatan

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai iaitu Superitendan Mohd Fazley Ab Rahman memaklumkan, selebriti wanita itu telah membuat laporan polis polis mengenai perkara berkenaan di IPD Nilai.

Tambahnya dalam kenyataan, kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Berhenti besarkan isu

Dalam pada itu, Fazley turut menasihatkan orang ramai agar tidak mensensasikan isu ini bagi memberikan ruang kepada pihak polis menjalankan penyiasatan.

Ujarnya, pihak polis memandang serius terhadap laporan yang dibuat serta tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil jika siasatan mendapati wujud sebarang bentuk pelanggaran undang-undang dan prosedur siasatan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen