Lelaki ditemui maut terjun tingkat 15, didapati positif Covid-19

Kes bunuh diri kini menjadi isu yang sangat membimbangkan sejak kebelakangan ini apabila ianya sering menjadi topik utama di dada akhbar sekaligus membimbangkan orang ramai.

Memetik akhbar Harian Metro, seorang lelaki ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 15 sebuah pangsapuri di Pandan Ria, semalam.

Terima laporan awal pagi

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya iaitu Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 8.25 pagi.

Jelasnya, siasatan awal mendapati lelaki berusia 54 tahun itu bekerja sebagai pemandu lori dan menghuni blok berkenaan sejak 30 tahun lalu.

Mayat lelaki disahkan positif Covid-19

Bagaimanapun, mayat lelaki tersebut telah dibawa ke Hospital Cancelor Tuanku Muhriz dan hasil saringan mendapati dia positif Covid-19.

Selain itu, menurut maklumat daripada anaknya berusia 15 tahun, ibunya juga sudah meninggal dunia awal bulan lalu dan dipercayai akibat Covid-19.

Kejadian diklasifikasikan mati mengejut

Susulan insiden, Mohamad Farouk memaklumkan bahawa punca kematian masih dalam siasatan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen