Berang ditegur memandu arah sehala, warga emas OKU ugut pemandu dengan sabit

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak berpuas hati apabila ditegur memandu di jalan sehala, seorang wanita warga emas yang merupakan golongan orang kelainan upaya (OKU) telah bertindak mengacukan tongkat yang diikat dengan sabit ke arah seorang lelaki.

Rakaman video berdurasi satu minit 46 saat itu telah tular di media sosial yang memaparkan tindakan warga emas berkenaan yang menghayun tongkat diikat sabit beberapa kali.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku disebabkan warga emas berkenaan memandu di jalan sehala menyebabkan dua kenderaan lain tidak dapat melalui jalan berkenaan.

Sehubungan itu, pemandu kereta cuba menegur warga emas tersebut namun dia enggan beralah, sebaliknya telah menunjukkan tongkat yang diikat dengan sabit ke arah individu itu dan turut mengaku sebagai pemegang kad OKU.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, polis telah menerima laporan kejadian itu daripada mangsa yang mengaku telah berselisih faham dengan warga emas terbabit di Blok A3, Jalan Bukit Segar 1, Taman Bukit Segar, Cheras, dekat sini kelmarin.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah kerana mangsa telah menegur suspek (warga emas) yang memandu di jalan sehala menyebabkan gangguan kepada pengguna jalan yang lain di kawasan tersebut.

“Suspek telah menunjukkan kad OKU sambil mengangkat tongkat yang diikat dengan sabit serta cuba memukul ke arah mangsa, bagaimanapun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Katanya, suspek yang berusia 66 tahun itu telah ditahan hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Saksi bebas yang melihat kejadian diminta tampil memberi keterangan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Ahmad Faizal Hasan di talian 0197691924/03-89114222.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen