Tular isu tak bantu penduduk, Ahli Parlimen Kuala Kangsar tampil perjelaskan keadaan

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan tular video pemanggil sebuah stesen radio yang berkongsi cerita akan sebuah keluarga terbaring kelaparan selepas terputus bekalan makanan hingga mengudang pelbagai reaksi warganet.

Pejabat Ahli Parlimen Kuala Kangsar menafikan tidak membantu rakyat di kawasan berkenaan yang terjejas sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Bantuan diberi sejak PKP 1.0

Menerusi laporan Harian Metro, pihaknya sudah melakukan pelbagai usaha termasuk memberi bantuan sejak PKP 1.0 pada tahun lalu bagi memastikan tiada pihak atau keluarga di parlimen itu terputus bekalan makanan.

"Usaha terkini adalah menggerakkan kempen besar-besaran melalui talian hotline khusus bagi mereka yang memerlukan dengan segala aduan akan diambil tindakan sewajarnya.

"Terdapat juga kemungkinan berlaku kekeliruan dalam memahami takrifan 'Kuala Kangsar' seperti dinyatakan dalam temubual berkenaan sama ada merujuk kepada parlimen atau daerah.

"Untuk makluman, daerah Kuala Kangsar mempunyai tiga parlimen iaitu Parlimen Padang Rengas, Parlimen Sungai Siput dan Parlimen Kuala Kangsar sekali gus timbul sedikit kekeliruan dalam menentukan kedudukan lokasi penerima bantuan," katanya dalam kenyataan dimuat naik di Facebook Pejabat Parlimen Kuala Kangsar.




Mungkin ada kes tak sampai

Dalam kenyataan yang sama, pihaknya sering menerima permohonan bantuan di luar kawasan Parlimen Kuala Kangsar, dan akan dipanjangkan kepada pihak yang berkaitan.

"Begitupun, Pejabat Parlimen Kuala Kangsar tidak menolak kemungkinan adanya kes (tertentu) yang tidak sampai ke pengetahuan kami.

"Justeru, kami sangat mengalu-alukan penyampaian maklumat seumpama ini baik dari pihak perseorangan, badan bukan kerajaan (NGO), kumpulan masyarakat dan lain-lain bagi memastikan tiada pihak yang tertinggal dan terputus bekalan makanan," ujarnya.

Untuk makluman, Parlimen Kuala Kangsar diwakili Datuk Mastura Mohd Yazid yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sebelum ini tular video berdurasi satu minit 16 saat tular, mendakwa bantuan tidak sampai kepada beberapa keluarga memerlukan di Kuala Kangsar.

Disebabkan perkara ini, nama pelakon Mira Filzah juga turut dipetik bersama kerana Ahli Parlimen tersebut merupakan ibu mentuanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen