Menyeru Jodoh Cara Halal.

Doa saya buat pembaca yang dikasihi Allah, moga sentiasa dihadiahkan kesihatan rezeki yang baik dari hari ke hari. Semoga kebahagiaan juga semakin jinak dengan para pembaca.

Umat manusia sudah sedia maklum, bahawa insan sempurna tidak akan pernah wujud di atas muka bumi ini. Mengapa? Kerana kesempurnaan itu hanya milik Allah yang mutlak. Kita tidak boleh menjadi sempurna, apatah lagi mengharapkan pasangan yang sempurna. Walau apapun, kita masih mempunyai satu, dua, tiga malah banyak cara untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.



Sewaktu dalam proses pemilihan jodoh, elakkan diri sendiri menjadi seorang yang ‘perfectionist’. Adalah tidak adil jika segalanya kita mahukan yang ‘perfect’ dari pasangan. Sedangkan kita sendiri punya kekurangan, yang mungkin sukar diterima oleh orang lain. Andai takut kecewa dikemudian hari, adalah lebih baik jika menjangkakan dari awal bahawa pasangan kita mempunyai kekurangannya tersendiri. Itulah bukti, manusia tidak sempurna.



Bomoh Jodoh, Mandi Bunga.

Adat mandi bunga ini tidak salah jika tujuannya hanya untuk membersihkan diri, dan memberi wangi-wangian pada badan. Namun, perkara ini menjadi larangan keras apabila mula timbul niat mencari jodoh, dengan disertakan amalan bomoh. Ini kerana perbuatan seperti ini bercanggah dengan akidah dan boleh membawa syirik kepada Allah.

Bukan sahaja niat dan amalan, tetapi jika seseorang itu mula percaya dan yakin perbuatan itu mampu menghindarkan daripada perkara buruk, dan mendekatkan dengan jodoh, maka jatuh hukum haram. Berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya jampi, tangkal, azimat dan ubat guna-guna adalah syirik.” – Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud.

Cara Halal Panggil Jodoh.

Mencari pasangan yang sesuai bukanlah mudah. Apatah lagi mahu menempuh hidup bersama, tidak kira senang atau susah situasinya. Sesetengah lelaki mahupun perempuan, ada yang meletakkan kriteria-kriteria yang terlalu tinggi dalam pemilihan pasangan hidupnya. Namun, menurut Dato’ Dr. Haji. Mohd. Fadzilah Kamsah, ada beberapa teknik menambat jodoh mendekati kita. Tiga antaranya adalah:



1 . Hati dan minda terbuka luas menerima cinta.

Sudah menjadi fitrah seorang manusia yang mahu menerima dan memberikan kasih sayang. Di tambah dengan rasa mahu mencintai dan dicintai. Bukan sahaja kerana fitrah, ini juga sebagai sunnah oleh Rasulullah s.a.w yang membina ikatan perkahwinan, diikuti rasa cinta terhadap kesemua ahli keluarga baginda. Bagi lelaki atau perempuan yang telah bersedia membentuk hubungan yang halal, kebiasaannya mereka membuka minda dan hati untuk mencintai dan rela untuk dicintai. Cinta lebih mudah berdamping dengan mereka yang positif terhadap penerimaan cinta.

2 . Jual mahal biar bertempat.

Jika 24 jam sehari, 7 hari seminggu asyik jual mahal sahaja, maka cinta juga semakin mahal untuk dibeli. Malah, cinta semakin menjauh. Lalu apa yang tinggal untuk menarik jodoh dekat pada kita? Sebagai wanita yang punya maruah dan nilai diri, bukanlah jual murah itu bermaksud diri itu murah. Tidak begitu. Tetapi seorang wanita boleh menggunakan gaya berhikmah ketika mempamerkan diri sebagai seorang muslimah sejati. Masih boleh berkomunikasi mesra, namun tetap membatasi pergaulan dan ucapan mengikut syariat. Terlalu sombong diri dan menolak lamaran mentah-mentah, akan membuatkan cinta berlalu pergi. Jadi, mungkinkah ada peluang kedua? Sesungguhnya Allah jua yang Maha Mengetahui.



3 . Nyatakan hasrat hati sepantas Lamborghini.

Bagi lelaki yang dikira sebagai ‘gentleman’, sebaiknya ambil peluang yang ada untuk terus meluahkan rasa hati pada bakal pasangan. Gunakan cara yang berhikmah dan bijaksana. Adalah lebih baik sekiranya, seorang lelaki mengambil langkah berjumpa orang tua si gadis pilihan, dan luahkan hasrat hati. Andainya seorang wanita meminati lelaki yang telah mencuit hatinya, ambil langkah yang penuh sopan dan tertib tanpa menjatuhkan maruah diri. Sebagai contoh, kita boleh gunakan orang perantaraan yang boleh dipercayai untuk menyampaikan hasrat hati kita. Orang perantaraan juga boleh menceritakan serba sedikit perihal diri kita.

Moga dengan izin Allah, jodoh semakin mendekat, pasangan halal semakin merapat.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen