"Tak dibenarkan pasang..." -Annuar Musa arah pemasangan kawat duri dibuka serta merta

Selepas tular beberapa keping gambar yang memaparkan keadaan sebuah blok perumahan dipasang kawat duri di tangga, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa telah mengeluarkan arahan supaya kawat yang dipasang di laluan tangga dibuka.

Annuar Musa keluar arahan buka semula kawat duri

Kenyataan tersebut telah dikongsikan olehnya di laman Twitter yang tidak membenarkan pemasangan kawat tersebut sekaligus meminta arahan dibuka semula serta merta.

 

Dalam pada itu,  orang ramai turut meluahkan rasa kebimbangan sekiranya ada sesuatu kecemasan berlaku dan sedikit menyukarkan pihak penghuni kediaman tersebut terutamanya untuk mereka menyelamatkan diri.

Elak penduduk keluar masuk

Sebelum ini, media melaporkan bahawa pemasangan kawat tersebut dilaksanakan bagi mengelakkan penduduk keluar atau masuk dari blok rumah pangsa berkenaan.

Bagaimanapun, menurut Ketua Polis Dang Wangi iaitu Superitendan Ashari Abu Samah memaklumkan pemasangan kawat tersebut dibuat setelah dipersetujui dalam mesyuarat penyelarasan PKPD  yang turut dihadiri oleh bomba.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen