Alami 'Anxiety' & susah tidur, lelaki kelar leher hingga putus urat

Memetik portal Harian Metro, seorang lelaki berusia 36 tahun telah bertindak mengelar lehernya sendiri menggunakan sebilah pisau akibat menghadapi masalah tidur dan terlalu banyak fikir.

Lelaki kelar leher cedera parah

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson iaitu Superitendan Aidi Sham Mohamed, lelaki yang tinggal di Bandar Sunggala itu dikejarkan ke Hospital Port Dickson untuk menerima rawatan lanjut selepas insiden berkenaan.

"Mangsa berusia 36 tahun yang juga seorang peniaga restoran di Teluk Kemang, Port Dickson sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak."

"Mangsa mengalami kecederaan teruk di leher (urat putus) sebelum dipindahkan ke Zon Merah Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan lanjut."

-Aidi Sham-

Dengar jeritan ketika sedang tidur

Bercerita lanjut, isteri mangsa memaklumkan bahawa kejadian berlaku di tandas bilik tidur utama ketika dia sedang tidur sebelum terdengar jeritan suaminya di dalam tandas.

"Isteri mangsa terdengar jeritan mangsa di dalam tandas dan terkejut apabila melihat mangsa dalam keadaan berlumuran darah sambil memegang leher."

"Senjata pisau yang digunakan oleh mangsa dipercayai diambil dari dapur rumah mangsa."

-Aidi Sham-

Tiada masalah kewangan atau peribadi

Susulan insiden, menerusi maklumat yang diperoleh dari pegawai perubatan memaklumkan mangsa sebelum ini pernah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Port Dickson kerana mengalami masalah tak boleh tidur malam kerana masalah 'anxiety'

Bagaimanapun, menurut isteri mangsa, suaminya tiada sebarang masalah kewangan atau peribadi.

"Keadaan mangsa kini stabil selepas mejalani pembedahan di HTJ Seremban dan sudahpun dipindahkan ke wad untuk pemantauan."

"Walaubagaimanapun, mangsa akan dirujuk dengan pakar psikiatrik untuk rawatan lanjut selepas dibenarkan keluar dari HTJ."

-Aidi Sham-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen