"Remaja hidap penyakit kanser & daya imun rendah diutamakan ambil suntikan Pfizer..." -Dr Adham Baba

Oleh: Zuzu Yasmine

Umum tahu bahawa kanak-kanak berusia 12 hingga 18 tahun ke atas boleh mendaftar vaksin Covid-19 sejak 21 Jun lalu.

Sehubungan itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, remaja yang mempunyai penyakit kronik akan diberi keutamaan bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech.

Katanya, perkara itu dicapai dalam mesyuarat Kumpulan Teknikal Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Menurutnya lagi, data keberhasilan percubaan klinikal yang sedang dijalankan oleh Pfizer-BioNTech di beberapa negara mendapati vaksin Comirnaty adalah berisiko rendah kepada golongan itu.

"Mereka yang mempunyai penyakit kanser, daya imun yang rendah serta comobidity dinasihat oleh pakar agar mendapat manfaat daripada suntikan Pfizer.

"Golongan remaja berisiko ini akan diberi perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan meneliti data klinikal yang dikeluarkan," katanya dalam sidang akhbar perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan PICK.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa sukatan yang akan diberikan kepada golongan itu bebeza kerana mengambil kira data tahap umur dan berat badan penerima.

Sebelum ini MySejahtera hanya membenarkan keluarga mendaftarkan tanggungan mereka yang berusia 18 tahun ke atas.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen