Tular stadium Shah Alam dibanjiri orang ramai, DEFM sahkan semua individu positif Covid-19

Berikutan tular sebuah video yang menyaksikan keadaan orang ramai yang beratur panjang di Stadium Shah Alam sejak semalam, Pengurus Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (DEFM) iaitu Ahmad Sayuti Bashiron dalam kenyataannya akui bahawa mereka merupakan individu positif Covid-19.

Jumlah tertinggi yang hadir

Memetik laporan Harian Metro, dianggarkan lebih 1,000 individu beratur sepanjang 500 meter di laluan pejalan kaki untuk memasuki Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di stadium Malawati, Seksyen 13 selepas disahkan positif.

"Ya, semua yang beratur (mereka disahkan) positif Covid-19 dan ini pertama kali mereka ke Stadium Malawati untuk tujuan penilaian (daripada pihak KKM) sebaik disahkan positif."

"Kehadiran ini saya jangkakan antara jumlah paling tinggi dalam operasi CAC sejak Februari lalu, tetapi jumlah tepat hanya pihak KKM boleh sahkan."

-Ahmad Sayuti-

Kebanyakannya dari kilang

Jelas beliau sebagai koordinatar, itu merupakan gambaran suasana yang berlaku dan kebanyakannya adalah warga asing dari kilang yang datang secara mendadak seawal jam 6.30 pagi lagi.

Bagaimanapun, tambah beliau semua yang datang adalah di bawah kawal selia Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling sahaja.

"Apa yang dilihat dalam video, itu memang situasi sebenar di sini, jumlah warga asing yang datang memang mendadak dan kebanyakannya dari kilang."

"Semua yang datang adalah di bawah kawal selia Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling sahaja."

-Ahmad Sayuti-

Video di tempat kejadian

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen