Cuba halang kerja penguatkuasa, pekebun durian nekad roboh jambatan simen

Isu yang sedang menjadi tumpuan rakyat kini adalah berkenaan dengan operasi memusnahkan kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Bukit Talam Raub apabila didapati berlakunya penanaman durian musang king secara haram.

Pekebun halang kerja Operasi Musnah

Bagaimanapun usaha tersebut berdepan dengan kesukaran selepas empat jambatan simen dirobohkan dan dipercayai angkara perbuatan pekebun durian yang meneroka secara haram di kawasan tersebut sehingga perlu mengambil masa panjang untuk membaiki jambatan berkenaan.

Difahamkan, mereka yang terbabit tiba di lokasi agak lewat berikutan terpaksa membaiki jambatan dengan cara mengangkat semula dua lantai simen jambatan yang dijatuhkan ke dalam anak sungai.

Susulan itu, anggota terpaksa mengikat menggunakan tali dan mengangkat secara beramai-ramai.

Semuanya seperti dirancang

Menurut Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) iaitu Nor Azirim Ahmad, dua halangan dibuat pihak tidak bertanggungjawab itu menyebabkan operasi musnah semalam tidak dapat diteruskan seperti dirancang.

"Operasi turut membabitkan kakitangan Unit Penguakuasa JPNP Zon Pahang Barat dan Timur, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Balai Tranum."

"Saya difahamkan hari ini anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Briges Tenggara Kem Bukit Galing, Kuantan turut akan menyertai operasi musnah, kehadiran mereka lebih menjamin keselamatn mereka yang menjalankan tugas."

-Nor Azirim-

Dalam pada itu, jelas beliau sepanjang operasi musnah itu seramai 22 individu terdiri daripada pekerja dan pemilik kebun ditahan kerana kesalahan berada dalam Hutan Simpan Batu Talam dan mereka didakwa di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen