Baru sekejap bergelar isteri, wanita terkejut suami lafaz talak depan tetamu

Hari pernikahan yang sepatutnya dipenuhi dengan kegembiraan dan kebahagiaan bertukar tragedi apabila pengantin perempuan berdepan dengan detik yang mengaibkan selepas suami melafazkan talak di hadapan tetamu yang hadir.

Suami buat onar, lafaz talak lepas akad

Video tersebut telah tular selepas dimuat naik oleh individu di media sosial yang menyaksikan detik-detik cemas di dalam majlis tersebut sejurusnya pengantin lelaki bertindak demikian.

 

Menurut sumber, video tersebut telah disunting yang mana pada moment saat diijab kabul tidak ditunjukkan dalam perkongsian tersebut dan terus kepada saat wanita ditanya samaada ingin mahar atau tidak.

Dilayan baik sebelum ijab kabul

Jika dapat dilihat, pengantin lelaki melayan pasangannya dengan baik sebelum diijab kabul, namun ramai yang tidak menyangka sejurusnya lelaki berkenaan meletakkan pen di atas meja, dia terus mencapai mikrofon untuk melafazkan talak kepada isterinya.

Susulan kejadian, suasana di majlis menjadi kacau bilau sehingga hampir menjadi kes gaduh antara keluarga pengantin perempuan dan lelaki tersebut.

Bagaimanapun, info lanjut berhubung kes masih belum dapat disahihkan oleh media.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen