Tahniah! Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Oleh: Zuzu Yasmine

Berkuat kuasa serta merta, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri namun masih kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pejabat Perdana Menteri yang menyatakan bahawa pelantikan tersebut dapat membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat ketika ini.

"Pelantikan (Ismail Sabri) ini akan dapat membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini," memetik kenyataan itu.

Dalam kenyataan tersebut juga turut memaklumkan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memegang portfolio Menteri Luar kini berstatus Menteri Kanan.

Beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai oleh Ismail Sabri.

"Di samping itu, YAB Perdana Menteri bersetuju supaya Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

"Kedua-dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa serta-merta,” jelasnya.

Justeru itu, dengan pelantikan ini diharap akan meningkatkan lagi keupayaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi pandemik Covid-19, memperkuatkan perpaduan dalam kalangan partiparti yang membentuk kerajaan dan memperkukuhkan Kerajaaan PN dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuah dan berintegriti.

Pejabat Perdana Menteri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ismail Sabri dan Hishammuddin atas pelantikan ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen