Kantoi dengan rakan sekolah, remaja berusia 20 tahun menyamar jadi doktor di PPV ditahan

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang remaja kantoi menyamar sebagai doktor pakar yang bertugas di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di Petra Jaya.

Menerusi laporan Astro Awani, remaja berkenaan mengaku bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Kucing atas tuduhan menyamar sebagai doktor pakar.

Remaja bernama Shah Hairil Izman Dave, 20, dari Bandar Baru Semariang membuat pengakuan itu semasa prosiding yang dilakukan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi, semalam.

Tertuduh ditahan lanjut sehingga 17 Ogos dan mahkamah turut menetapkan tarikh 18 Ogos depan sebagai sebutan semula kes bagi mendengar laporan sosial tertuduh.

Difahamkan, Syah Hairil dituduh di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda jika disabit kesalahan.

Kenalkan diri sebagai siswazah perubatan

Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah memperkenalkan dirinya sebagai Dr Shah Hairil, siswazah perubatan yang ditugaskan di hospital kerajaan di bahagian neurologi.

Tidak hanya itu, tertuduh turut melakukan kesalahan tersebut antara Januari hingga Julai tahun ini, malah telah menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) sebanyak 32 kali antara 15 Jun hingga 1 Julai lalu.

Kantoi bila kawan sekolah kenal

Bagaimanapun, rahsianya terbongkar apabila seseorang yang berada di PPV itu mengenalinya dan mengakui rakan sekelas tertuduh ketika di tingkatan dua pada 2016.

Terdahulu, tertuduh ditahan polis di PPV Stadium Perpaduan Kuching pada 1 Julai lalu sekitar pukul 3 petang.  Polis turut merampas peralatan kedoktoran, pakaian kerja berwarna biru, serta pas kerja palsu dengan nama Dr Shah Hairil Izman.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen