"Saya minta Tan Sri Mahiaddin undur diri secara terhormat..." -Datuk Seri Zahid Hamidi

Semalam satu sidang media telah diadakan yang dipengerusikan oleh Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Zahid Hamidi mengumumkan bahawa Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara membuat keputusan untuk menarik semula sokongan kepada Tan Sri Muhyidin Yassin selaku Perdana Menteri, berkuatkuasa serta-merta.

UMNO tarik sokongan terhadap PM serta-merta

Hal ini sejurus melihat garis panduan yang dikemukakan parti itu pada 11 Mac 2020 sebagai syarat meneruskan sokongan kepada kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah gagal dan dilaksanakan dengan kurang memuaskan.

"Memenuhi mandat sebulat suara para perwakilan di Perhimpunan Agong UMNO 2020 dan berpandukan kepada beberapa kegagalan kerajaan memenuhi aspirasi rakyat yang digariskan..."

"Maka tempoh memberikan sokongan kepada Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri ditarik balik dan ditamatkan serta merta."

-Datuk Seri Zahid Hamidi-

Gagal penuhi aspirasi yang digariskan

Dalam pada itu, Datuk Seri Zahid Hamidi turut menyenaraikan beberapa perkara terhadap kegagalan kerajaan terutamanya dalam menangani pandemik Covid-19 sekaligus mengetengahkan perihal pelaksanaan PKP yang sentiasa berubah dan tidak sistematik.

"Ini termasuklah kegagalan kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19 secara berkesan dan pelaksanaan PKP separuh masak dan berubah-ubah sehingga mencetuskan kemurungan kepada rakyat."

"Sesungguhnya UMNO tidak boleh berkompromi dengan sikap kerajaan ini terhadap institusi raja-raja."

-Dauk Seri Zahid Hamidi-

Jadi bualan di media sosial

Bagaimana, isu tersebut kini terus menjadi bualan segelintir pihak di media sosial berhubung keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Zahid Hamidi ke atas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Tidak menyebelahi mana-mana pihak namun, tak dinafikan bahawa ada yang menyokong dan tak kurang juga yang menyelar perkara tersebut.

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen