"Wilayah Persekutuan benarkan masjid dan surau dibuka untuk solat..." -Dr Zulkifli Al Bakri

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masjid dan surau merupakan antara tempat yang tidak dibenarkan dibuka bagi mengelakkan berlakunya sebarang perhimpunan atau aktiviti berkumpul secara baramai-ramai yang dilihat boleh membawa risiko jangkitan .

Susulan itu, hanya Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid atau surau sahaja yang dibenarkan bagi tujuan mangalunkan seruan azan  dan sebagainya.

Masjid dan Surau kini dibenarkan buka

Bagaimanapun, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri  dalam kenyataannya memaklumkan bahawa solat berjemaah kini dibenarkan sama ada di masjid atau surau di Wilayah Persekutuan.

 

Berdasarkan SOP ditetapkan

Di samping itu, terdapat beberapa SOP yang perlu dipatuhi yang mana ianya telah disusun dengan terperinci dengan mengambil keluasan kawasan dan risiko setempat sekaligus mengambil maklum ketetapan terbaharu yang diputuskan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar masjid dan surau dapat diimarahkan semula seperti sedia kala.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen