Sebelum Bernikah, Lihatlah Agamanya Terlebih Dahulu.

Agama merupakan faktor yang sangat penting, kerana dalam suatu perkahwinan bila terjadi perbezaan agama antara suami dan isteri kemungkinan besar akan menggoyahkan keharmonian rumah tangga, mengapa demikian? Kerana setiap agama membawa syariatnya yang tersendiri dalam ajarannya. Dalam Islam agama membawa peranan penting dalam membentuk keluarga yang harmoni, kerana dengan agama yang kuat akan memperoleh keuntungan yang dapat mententeramkan diantara keduanya dan anak-anaknya. Maka wajarlah bila mana Islam menganjurkan berkahwin dengan sesama Islam. Sebagai firman Tuhan di Al-Baqarah: 22

ولاتنكحوالمشركت حتى يؤمن ط ولا مة مؤمنة خير من مشركة ولواعجبتكم ج ولا تنكحوالمشركين حتى يؤ منوا ط ولعبد مؤ من خير من مشرك ولواعجبكم قلى

Artinya: "Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik sebelum mereka beriman, sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik dari pada wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan jangan pula kamu sekalian para wali menikahkan orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mukmin lebih baik dari pada orang musyrik, walaupun dia menarik hatimu ". (QS. Al Baqarah: 221).

Berdasarkan pengertian ayat di atas, jelaslah bahawa menjadi syarat mutlak untuk mencari jodoh seorang muslim. Oleh kerana itu sebelum menjatuhkan pilihan harus berhati-hati, dan mengetahui agama terlebih dahulu. Sesuai dengan anjuran Rasulullah bahawa pilihlah kerana agamanya, maka akan beruntunglah kamu.



Dengan demikian jelaslah bahawa persamaan agama juga merupakan faktor yang perlu diambil kira untuk mewujudkan keluarga serta meneruskan keluarga yang baik, kerana perbezaan agama dan kepercayaan sering membawa konflik di dalam keluarga dan mengelirukan anak-anak mereka di dalam pendidikan keagamaan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen