Dulu hati berbolak balik tapi kini bahagia, wanita dedah bertemu suami di Baituljannah.com

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara ini, mencari pasangan hidup secara ‘online’ adalah salah satu cara yang sesuai.

Bukan sahaja dapat memilih tetapi sekaligus berkenalan dengan lebih mendalam sekiranya sama-sama berminat antara satu sama lain.

Seperti kisah wanita dikenali sebagai Nurulashikin Ramley yang bertemu jodoh dengan suami tercinta menerusi Portal Baituljannah.com.

Menerusi laman Facebook, Ashikin mengakui bahawa perkenalan mereka adalah sesuatu yang tidak diduga memandangkan mereka tidak kenal antara satu sama lain, selain dia dan suami bukan berasal dari negeri yang sama.

Jelasnya, kisah perkenalan dia dan suami juga mengejutkan orang sekeliling bahkan ada juga yang tidak percaya bahawa mereka ini bertemu di Portal Baituljannah.com.

Katanya, pada awalnya dia juga seakan tidak yakin memandangkan mereka tidak kenal namun dia banyak berserah kepada Allah SWT.

“Sejujurnya hati Ikin berbolak balik juga. Tak pernah kenal antara kami. Tapi Ikin minta doa pada Allah. Istikharah tentang jodoh Ikin,” kongsinya.

 

Bagaimanapun dia meluahkan rasa bersyukur apabila kini bahagia di sisi jejaka yang ditemui secara online itu. Malah, kini rumah tangganya lebih bermakna apabila dikurniakan seorang cahaya mata sebagai penyeri.

Menurutnya, dia percaya akan jodoh yang telah disusun atur oleh Allah. Cuma yang membezakan adalah cepat atau lambat sahaja.

“Ikin percaya jodoh rezeki kita semua Allah dah susun dan atur baik baik. Mungkin lambat atau cepat sahaja. Ikin pernah baca dalam hidup kita tiada istilah kebetulan tapi semua yang terjadi itu adalah takdir,” tulisnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen