Tular foto berwajah cengkung, Nia Ramadhani & suami mengaku ambil dadah sejak lima bulan lalu

Susulan kes dakwaan pelakon dan model terkenal Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie ditahan polis berikutan kes penyalahgunaan dadah.

Menurut laporan media, aktres terkenal Indonesia itu, dikatakan telah mengambil dadah jenis syabu sejak lima bulan yang lalu.

Difahamkan, perkara itu diakui sendiri oleh pasangan suami isteri itu ketika ditahan di Balai Polis Metro Jakarta Pusat.

Selain itu, pemandu peribadi pasangan suami isteri itu juga didakwa mengambil syabu dan sudah ditahan telebih dahulu sebelum Nia dan Ardi ditangkap.

Berdasarkan laporan, pihak polis juga telah menemui bahan bukti berupa syabu namun masih belum diketahui berat kandungannya.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus, pasangan suami isteri itu ditahan semalam di Pondok Indah, Kebayoran Baru.

Katanya, berdasarkan ujian air kencing, pasangan suami isteri itu positif dadah jenis syabu.

“Nia dan Ardi mengakui mereka sudah menggunakan dadah selama lima bulan, termasuk pemandu peribadinya.

“Polis turut merampas sejumlah barang bukti termasuk alat untuk menghisap syabu,” katanya kepada Suara.com.

Sehubungan itu, tular gambar terbaru Nia yang dilihat pucat selain wajahnya agak cengkung, mengukuhkan lagi kenyataan tersebut.

Anda masih keseorangan?

963,304 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen